Write For Us

‘Malaysia tidak akan jadi tong sampah dunia’

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Malaysia tidak akan menjadi ‘tong sampah dunia’ dan tindakan tegas akan diambil jika ada cubaan membawa masuk kontena yang mengandungi sisa toksik dan bahan plastik, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, sejak kementerian itu ditubuhkan pada Mac lepas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihaknya telah mengesan dan menghantar pulang 13 kontena yang mengandungi sisa toksik dan 42 kontena bahan plastik ke negara asal.

Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) yang ingin tahu bagaimana Kementerian Alam Sekitar dan Air mencegah Malaysia menjadi “tong sampah dunia” selaras dengan Konvensyen Basel.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment