Write For Us

‘Peruntukan untuk pertubuhan belia diselaras, bukan dipotong’

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
59 Views
Published
Peruntukan bagi pertubuhan-pertubuhan belia tidak dipotong tetapi telah diselaraskan semula bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada pelaksanaan program dan bukan hanya tertumpu kepada perbelanjaan pentadbiran sahaja, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kebanyakan persatuan belia pada masa ini, mahu memiliki pejabat dan kakitangan sendiri menyebabkan peruntukan tidak mencukupi untuk dibelanjakan bagi pelaksanaan program di peringkat akar umbi.
"Sekarang kita mahu pertubuhan belia itu memfokuskan kepada pelaksanaan program di peringkat akar umbi dan memberikan kertas kerja yang boleh diaudit, supaya kita tahu akhirnya wang itu disalurkan bagi tujuan produktif," katanya pada sesi jawab lisan.
Beliau menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) yang meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan rasional peruntukan terhadap persatuan belia dipotong dan hala tuju belia yang dirancang oleh kementerian itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment