Write For Us

‘Pulangkan surat yang ditulis selain dari Bahasa Melayu’ - Peringatan Anwar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
24 Views
Published
Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan jabatan kerajaan untuk tidak melayan atau memulangkan sahaja mana-mana surat yang menggunakan selain bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.

Berucap merasmikan Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan di Cyberjaya, beliau menyedari terdapat sikap yang dirasakan "terlajak" atau "terpesong" oleh beberapa pihak yang sering kali cuba meninggalkan asas Perlembagaan Persekutuan untuk berhubung dengan jabatan kerajaan dalam bahasa kebangsaan.

Anwar berkata tindakan sedemikian tidak akan menjadikan Malaysia "sempit" kerana kerajaan juga tidak meremehkan penguasaan bahasa Inggeris.

https://www.facebook.com/DBPMalaysia/videos/288841690657043
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment