Write For Us

‘Rosmah guna pengaruh terima rasuah’

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
70 Views
Published
Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, dalam pernyataan pembukaan, berkata pihak pendakwaan akan membuktikan Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan projek Solar Hibrid bagi Syarikat JEPAK Sdn Bhd dan menerima rasuah RM6.5 juta bagi dirinya.
Sri Ram berkata, pendakwaan akan membuktikan isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, itu adalah seorang yang berpengaruh disebabkan sifatnya yang dominan dan suka menguasai orang lain.
Katanya, Rosmah meletakkan dirinya dalam kedudukan yang boleh mempengaruhi keputusan di sektor awam walaupun tidak memegang jawatan rasmi.
Katanya, pada perbicaraan ini, pendakwaan akan turut membuktikan Rosmah bersetuju menerima sumbangan politik daripada JEPAK Sdn Bhd walaupun tidak memegang sebarang jawatan penting dalam mana-mana parti politik ketika itu.
Turut akan dibuktikan, Rosmah pada 20 Disember 2016 menerima wang tunai RM5 juta yang dihantar terus ke kediaman rasminya di Putrajaya.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment