Write For Us

“Dia main buai pula”

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
133 Views
Published
Pada jam 10 malam, seorang remaja lelaki berehat di beranda rumahnya selepas bekalan elektrik di Taman Nirwana, Ampang terputus Rabu lalu.
Memandangkan keadaan di rumah mula panas, remaja terbabit Muhammad Nazreen Fahmi Abd Jalil, 16, berdiri di beranda sambil pandangannya ke arah persekitaran yang bergelap susulan bekalan elektrik terputus pada jam 10 malam.
Namun, pandangannya terhenti di taman permainan sebaik melihat sesuatu yang aneh apabila dua buai bergerak perlahan-lahan seterusnya menjadi laju sedangkan tiada kelibat sesiapa pun di sekitar kawasan berkenaan.
Bulu roma Muhammad Nazreen Fahmi mula naik namun dia kuatkan semangat untuk melihat apa sebenarnya berlaku hingga mendorongnya merakam aksi terbabit menggunakan telefon bimbit.
Video berdurasi 31 saat menunjukkan buai terbabit bergerak sendiri sebelum dimuat naik dalam Twitter Muhammad Nazreen.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment