Write For Us

“Jangan cabar"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Polis berjaya menangkap enam individu yang terlibat membaling bom petrol ke arah pagar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan serangan itu berkata polis telah menangkap enam individu ahli geng 24 tersebut sehari selepas mereka membaling bom petrol.
"Kita dah tangkap enam budak-budak. Dia ingat dia macho boleh baling bom petrol dekat polis. Sekejap sahaja kita dah tangkap enam orang itu.
"Mereka nak menunjukkan mereka relevan sebagai ahli Geng 24. Saya nasihatkan mereka tidak akan ke mana. Hujungnya mereka akan mendarat di lokap kami," katanya.
Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Serah Tugas Pengarah Jabatan PDRM dan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Sabtu lalu, dua lelaki bermotosikal dipercayai ahli kongsi gelap dilaporkan membaling bom petrol ke arah pagar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, pada 3.30 jam pagi.
Tindakan dilakukan dipercayai berpunca rasa tidak puas hati terhadap penahanan ahli utama kumpulan kongsi gelap dalam Ops Cantas Khas, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Khalid mengingatkan agar ahli kongsi gelap tidak mencabar pihak polis dengan melakukan kegiatan seumpama itu.
"Tak payah tunjuk keberanian jadi ahli kongsi gelap dengan cuba baling bom petrol kepada pihak polis.
“Jangan cabar," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment