Write For Us

“Kalau pun dia tidak cantik, telanjang pun, siapa mahu?"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Kecantikan seseorang tidak mempunyai kaitan dengan penampilannya, kata anggota parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin.
“Apa masalah pakai tudung? Kalau dia perempuan cantik, walaupun pakai tudung, tetap cantik juga.
“Kalau pun dia tidak cantik, telanjang pun, siapa mahu?” soalnya dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.
Wakil rakyat BN itu berkata demikian ketika mengulas isu larangan hotel terhadap pekerja kaunter depannya daripada bertudung.
Beliau juga berkata hotel-hotel asing yang beroperasi di negara ini harus mengikut peraturan sedia ada di Malaysia.
“Kenapa mereka suka-suka membuat penindasan sebegini ini?” soalnya.
Beliau juga berkata menegaskan masyarakat berbilang kaum di negara ini sudah lama saling menghormati antara satu sama lain.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment