Write For Us

"1 undi Warisan, 1 undi kamu khianati anak cucu cicit kamu" - Anifah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
155 Views
Published
Bekas anggota parlimen Kimanis, Anifah Aman tampil sebagai penceramah utama himpunan yang digelar "Himpunan Solidariti Rakyat Bantah PSS" dipekan Membakut, hari ini.
Dalam ucapannya, Anifah berkata sekiranya pendatang tanpa izin di Sabah diberi PAS Sementara Sabah (PSS), lambat laun mereka layak mengundi dan akhirnya negeri akan dirampas.
"Apa akan jadi pada anak cucu cicit kita? Merempat!
"Sanggupkah kamu lihat anak cucu cicit kamu jadi pendatang di negeri sendiri?
"1 undi kamu beri pada Warisan, 1 undi kamu mengkhianati anak cucu cicit kamu," katanya.
lebih 500 berhimpun di Pekan Membakut, Kimanis untuk membantah pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS).
Peserta yang rata-rata datang dari Kota Kinabalu, Putatan, Beaufort selain penduduk tempatan, berpakaian hitam yang tertera perkataan "Say No to PSS" dan "Tolak PSS".
Peserta turut melaungkan slogan "bantah PSS" dan "tolak PSS" sebaik protes bermula pukul 9.50 pagi tadi.
Dengan bertemakan baju hitam, mereka yang hadir begitu bersemangat mendengar ucapan dari para penceramah, sambil slogan ‘bantah PSS’ dan ‘tolak PSS’ dilaung-laungkan bagi menyemarakkan semangat.
Selain Anifah, tiga penceramah lain ialah ketua pembangkang Sabah dan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Yong Teck Lee dan Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment