Write For Us

11 Adun Umno tak sokong guling Hajiji - Sumber

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
45 Views
Published
Sekurang-kurangnya 11 daripada 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO dikatakan menolak kerjasama dengan Parti Warisan dalam cubaan membentuk kerajaan negeri Sabah yang baharu.

Memetik BH Online yang memetik sumber, 11 ADUN terbabit enggan memberikan sokongan kepada WARISAN, sebaliknya kekal menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Hajiji Noor.

Dilaporkan, sokongan pemimpin terbabit kepada Hajiji dizahirkan pada pertemuan di kediaman Ketua Menteri itu malam tadi, iaitu selepas perjumpaan semua pemimpin UMNO di Bangunan UMNO Sabah pada belah petang.

Antara 11 ADUN terbabit ialah Adun Karambunai, Yakub Khan yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Adun Tanjung Batu, Andy Muhamad Suryady Bandy dan Adun Sindumin, Yusof Yacob.

Menurut BH Online lagi, keengganan mereka menyokong kerjasama dengan WARISAN, dikatakan antara punca sidang media Presiden WARISAN, Shafie Apdal semalam ditangguhkan.

Berdasarkan desas desus semalam, sidang media itu dijangka turut disertai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Bung Moktar Radin, selepas beliau mengadakan perjumpaan dengan semua pemimpin UMNO negeri di Bangunan UMNO Sabah.

Selain itu, pendirian tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah yang menyatakan tidak memberi apa-apa akuan bersumpah kepada mana-mana pihak, turut dipercayai menjejaskan rancangan kerjasama WARISAN dan UMNO Sabah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment