Write For Us

13 akademi penjara dijadikan pusat tahanan pesalah PKP - Ismail Sabri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
52 Views
Published
Sebanyak 13 akademi penjara diwartakan sebagai pusat tahanan untuk menempatkan pesalah yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas yang diadakan hari ini.

"Oleh kerana timbul isu penjara akan sesak dan pastinya penjarakkan sosial sukar untuk dilakukan.

"Mesyuarat hari ini membuat keputusan iaitu supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan 13 akademi penjara sebagai pusat tahanan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment