Write For Us

14,000 keping roti untuk enam kem pelarian

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
77 Views
Published
Pertubuhan Kemanusiaan Tempatan, Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) mengagihkan 14,000 keping roti di enam kem pelarian Syria di Lembah Beqaa.
Walaupun berdepan dengan cuaca hujan dan sejuk dialami di enam kem pelarian sekitar kem berkenaan, namun ia tidak menjadi penghalang buat sukarelawan Aman Palestin mengagihkan bantuan dan sumbangan yang diberikan rakyat Malaysia menerusi Aman Palestin.

Roti (khub) berkenaan diproses di sebuah kilang yang terletak di Manarah sebelum diagihkan secara segar di semua kem yang terbabit.

Penulis turut berpeluang melihat sendiri kerja penghasilan roti di kilang milik pertubuhan bukan kerajaan tempatan, Union of Relief and Development Association (URDA).

Kilang separa automatik itu berfungsi dengan tujuh pekerja membabitkan pelarian Syria, menghasilkan roti yang menjadi sebahagian makanan ruji pelarian di Lembah Beqaa.

Penulis turut diberi penerangan mengenai operasi kilang roti berkenaan oleh Pengurus Kilang berkenaan yang dikenali sebagai Barak.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment