Write For Us

1,938 orang pegawai perubatan sedang mengikuti pengajian kepakaran - Menteri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
16 Views
Published
Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly memaklumkan seramai 23 pegawai perubatan KKM sedang mengikuti pengajian kepakaran dalam bidang pembedahan kardiotorasik iaitu tujuh di bawah program sarjana perubatan dan 16 melalui 'parallel pathway'.

Menjawab soalan asal Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor), bagi bidang perubatan keluarga pula, katanya seramai 1,938 orang pegawai perubatan sedang mengikuti pengajian kepakaran iaitu 390 orang pegawai dalam program sarjana perubatan dan 1,548 orang pegawai dalam 'parallel pathway'.

Tambahnya, tiada kos dibelanjakan dengan prasarana latihan bagi kedua-dua bidang berkenaan kerana pengajian adalah menggunakan fasiliti KKM dan universiti awam.

Sumber: https://youtube.com/live/5peQ_0OTcgQ
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment