Write For Us

1MDB belum minta bantuan bayar IPIC, kata Johari

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
1MDB, yang gagal memepati tarikh akhir 31 Julai untuk membayar International Petroleum Investment Company (IPIC) AS$602.5 juta, belum meminta bantuan kerajaan.
Ini adalah menurut Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang disoal sama ada kerajaan akan membantu membayar IPIC.
"Tidak. Kamu tidak membantu orang apabila mereka tidak datang kepada kamu.
"Ini tidak sepatutnya menjadi isu yang kamu timbulkan buat masa ini.
"1MDB adalah syarikat yang berurusan dengan IPIC, yang juga sebuah syarikat, jadi biar syarikat itu berurusan dengan syarikat lain," katanya kepada media di Putrajaya selepas mempengerusikan Mesyuarat Kumpulan Fokus Belanjawan 2018.
Memandangkan lembaga pengarah 1MDB menyatakan bahawa syarikat pelaburan negara milik kerajaan berkenaan dapat membuat bayaran kepada IPIC, katanya, biarkan syarikat itu menyelesaikan perkara tersebut.
"Apabila kita di peringkat di mana syarikat tidak dapat mengendalikannya (bayaran balik), maka kita akan bercakap di peringkat itu.
"Jangan timbulkan sesuatu yang belum berlaku," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment