Write For Us

2 beradik ditahan, tunggang motosikal dalam keadaan khayal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
65 Views
Published
Tindakan dua beradik menunggang motosikal dalam keadaan khayal mengundang padah selepas ditahan pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi khas sempena sambutan Ambang Tahun Baharu 2020, di sini malam tadi.
Ketika ditahan, kedua-dua lelaki berusia 40 dan 27 tahun itu dipercayai sedang dalam perjalanan ke Pasar Wakaf Che Yeh dengan menunggang motosikal dalam keadaan di bawah pengaruh dadah.
Malah, mereka turut membahayakan keselamatan diri dan pengguna lalu lintas lain apabila bertindak menunggang motosikal dalam kaedaan melawan arus sejurus menyedari kehadiran pegawai dan anggota JPJ yang melakukan operasi khas berkenaan.
Timbalan Pengarah JPJ Kelantan, Nik Azhan Ab Hadi, berkata hasil saringan air kencing oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mendapati kedua-duanya lelaki berkenaan positif dadah jenis Methamphetamine.
Katanya, selepas membuat pemeriksaan Lesen Kenderaan Motor (LKM) pada motosikal jenis Honda Dash yang dinaiki mereka juga sudah tamat tempoh sejak 2012, selain kedua-duanya tiada lesen memandu.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment