Write For Us

2 sebab: Gaji belum masuk, kenyataan Dr M - calon PAS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Calon PAS, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar memberi dua kemungkinan mengapa peratusan keluar mengundi yang rendah sehingga jam 5.00 petang tadi.
Pertama beliau mengandaikan tarikh Pilihan raya kecil ini diadakan pada pertengahan bulan dimana gaji kebanyakan pekerja belum masuk.
Yang kedua pula Nazari berkata tanda protes itu berkemungkinan besar ekoran kegagalan kerajaan melaksanakan ikrar lebuh raya bebas tol.
Nazari merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam dilaporkan berkata bahawa pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan.
Peratusan mengundi pada PRK ini pada pukul 4.20 petang seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah sebanyak 54 peratus.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment