Write For Us

'20¢' di Facebook Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
163 Views
Published
Laman sosial Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diserang mesej “20¢” selepas kerajaan menaikkan harga minyak RON95 dan RON97 sebanyak 20sen mulai tengah malam tadi.
Pengguna Internet yang tidak puas hati dengan langkah itu mengambil kesempatan menulis status “20¢” di bahagian komen setiap tulisan dan pautan yang dikongsi beliau.
Ramai pengguna menampal beratus-ratus simbol itu dalam satu komen. Tiada ulasan lain diberikan.
Di status terkini Najib yang mengucapkan terima kasih kepada anggota keselamatan yang berkhidmat di musim perayaan misalnya, hampir semua komen meletakkan simbol 20sen.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment