Write For Us

200 peserta MFLS dipilih jalani latihan di luar negara

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
79 Views
Published
Seramai 200 peserta Malaysia Future Leaders School (MFLS) akan dipilih menjalani latihan kepemimpinan di negara ASEAN yang dijadualkan bermula bulan depan.
Ia sebahagian daripada latihan Tier Tiga yang disusun di bawah MFLS selama dua bulan bagi peserta terbaik daripada 27,000 peserta dilatih di seluruh negara sejak program itu dilancarkan Mei tahun lalu.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata peserta berkenaan akan turut mendapat pendedahan kepemimpinan khusus daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menteri Kabinet dan pemimpin syarikat korporat.
Pada masa sama, seramai 100 daripada 200 peserta ini akan dipilih melalui MFLS Go Global iaitu mereka akan dilatih di Jepun dan ada beberapa negara lagi sedang diperhalusi iaitu New Zealand, Australia atau Qatar.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melihat sesi pemilihan peserta MFLS Tier Tiga pada Isnin, 6 Januari.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment