Write For Us

205,000 permohonan Budi Madani setakat Oktober - Menteri Kewangan II

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
1 Views
Published
Sebanyak 205,000 permohonan bantuan tunai subsidi diesel bawah inisiatif Budi Madani diluluskan dalam tempoh lima bulan pelaksanaannya, bagi pemilik kenderaan diesel individu (Budi Individu) serta petani dan pekebun kecil (Budi Agri-Komoditi).

Ia melibatkan bayaran sebanyak RM160 juta.

Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata, seramai 140,000 pemilik kenderaan diesel persendirian individu di Semenanjung Malaysia layak menerima Budi Individu.

Bagi petani dan pekebun kecil pula, seramai hampir 65,000 orang menerima manfaat, katanya.

Sumber video: https://www.youtube.com/live/GIlHBoGqKRo
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment