Write For Us

20,675 unit Rumah Selangorku sedang dibina, kata Exco

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
164 Views
Published
Sebanyak 20,675 unit Rumah Selangorku dibina kerajaan negeri menerusi 24 projek sejak Insentif Pembinaan Rumah Selangorku diperkenalkan.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, setakat ini hanya 665 unit yang sudah siap dibina merangkumi dua projek di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan yang dikemukakan ADN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar.
Secara keseluruhan Kerajaan Negeri sudah meluluskan pembinaan 89,396 unit dengan 24,700 mendapat kebenaran merancang (KM) yang merangkumi 45 projek.
Manakala 3,803 unit merangkumi 13 projek telah mendapat kebenaran merancang serta pelan bangunan sejak insintif itu diperkenalkan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment