Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon hari ini menyangkal bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana melabel MCA sebagai "parti cauvinis", yang pernah dilabelkannya terhadap DAP.
Chong berkata Dr Mahathir mendakwa MCA sebuah parti cauvinis kerana lagunya dalam bahasa Cina berbanding dengan DAP, yang lagunya dalam bahasa Melayu.
Bagaimanapun, kata Chong perbezaan utama antara MCA dan DAP ialah partinya tidak membakar sentimen perkauman.
Chong memetik ucapan yang didakwa memainkan sentimen perkauman oleh pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming.
"Mereka (DAP) mendakwa bahawa kaum Cina dan India adalah warganegara kelas kedua. Semua dasar hanya memanfaatkan orang Melayu dan Bumiputera.
"Mereka benci hubungan Cina-Melayu tetapi sekarang nak selamatkan malaysia.
"Generasi muda tidak akan percaya kepada mereka. Kita akan menolak Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang," kata Chong kepada perwakilan di perhimpunan agung tahunan (AGM) Pemuda MCA ke-53 di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.
Chong juga menegaskan bahawa Dr Mahathir, yang merupakan perdana menteri selama 22 tahun, telah merasmikan AGM MCA selama beberapa dekad dan mempersoalkan bagaimana bekas perdana menteri tiba-tiba berubah hati mengenai sama ada MCA adalah rasis atau tidak.
"Dr Mahathir semasa jadi perdana menteri dan pengerusi BN selama 22 tahun, beliau datang ke Wisma MCA untuk merasmikan (AGM). Waktu itu dia bidas DAP parti cauvinis dan perkauman.
"Tetapi Dr Mahathir sekarang memeluk Lim Kit Siang. Hari ini baru dia tahu DAP bukan cauvinis tetapi MCA adalah cauvinis, sebab lagu DAP dalam bahasa Melayu, lagu MCA dalam bahasa Cina.
"Dr Mahathir telah berpuluh-puluh tahun merasmikan perhimpunan MCA. Tak kan dia tak tahu lagu parti kita adalah dalam bahasa Cina.
"Sampai tidak ada lagi modal sehingga menikam rakan yang dulu bagi sokongan kepada beliau," kata Chong, yang menyampaikan ucapannya dalam bahasa Melayu.
Chong berkata lagu parti MCA mungkin dalam bahasa Cina, tetapi ia adalah sebuah parti yang mementing semua kaum.
"Apa yang Dr M bidas MCA itu tidak betul. Kita menjaga semua. Tidak macam DAP membakar semangat perkauman selama ini," tambahnya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment