Persatuan Sahabat Ulul Amri (PSUAM) hari ini mendedahkan yang Datuk Seri Najib Razak ‘dipaksa’ meletak jawatan sebagai presiden Umno selepas BN tewas pada pilihan raya umum (PRU14).
Presiden PSUAM, Syed Muhammad Imran Sn Syed Abdul Aziz bagaimanapun tidak mendedahkan pemimpin yang memberi tekanan terhadap Najib itu.
“Beliau (Najib) pada awalnya dikatakan ingin bercuti dulu, tetapi siapa pemimpin Umno yang zalim memaksa Najib melepaskan jawatan sebagai presiden Umno.
“Apakah kemesraan yang dipaparkan dalam gambar hanya sekadar lakonan, sebab pada asalnya Najib tidak mahu melepaskan jawatan (presiden Umno),” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Najib melepaskan jawatan presiden Umno pada 12 Mei lalu sebagai tanggungjawab seorang pemimpin apabila parti itu kecundang dalam pilihan raya umum.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment