Write For Us

'25 seniman terpilih menunaikan pakej umrah'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan akan memberi pakej umrah kepada 25 individu terpilih daripada golongan berkenaan untuk menunaikan umrah.
Katanya, pakej tersebut akan diberi keutamaan kepada penggiat yang belum pernah mengerjakan umrah dan kurang berkemampuan.
"Insha Allah penajaan ini akan diberi keutamaan pada mereka yang tak pernah kerjakan umrah dan kurang berkemampuan. Dan umrah akan dihantar selepas musim haji tahun ini.
"Ia sebagai tanda prihatin bahawa kerajaan ambil tahu kebajikan dan nasib golongan seni sempena kemuliaan bulan Ramadan," katanya lagi.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama sasterawan, karyawan, seniman, budayawan dan penyiar di Seri Perdana Putrajaya malam tadi.
Pada Mei lalu, Najib di kediaman rasminya telah mengadakan program dialog Transformasi Nasional (TN50) khusus untuk golongan seni tanah air.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment