Write For Us

271 taska, tadika di Shah Alam beroperasi secara haram

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Hanya 152 daripada 423 Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika), Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan pusat jagaan kanak-kanak di Shah Alam yang beroperasi di premis perumahan mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Pegawai Perancang Bandar MBSA, Hazlin Ibrahim, berkata sejumlah 271 premis pula beroperasi tanpa kelulusan iaitu kebenaran merancang perubahan material penggunaan bangunan daripada perumahan kepada perniagaan.
Justeru, pihaknya mahu pengusaha tampil membuat permohonan sebelum membuka premis jagaan kanak-kanak ini bagi memastikan kebajikan dan keselamatan anak-anak yang dihantar ke premis mereka terjamin.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Operasi Bersepadu Pemantauan dan Penguatkuasaan Tadika dan Taska di Setia Alam pada Isnin, 24 Februari.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment