Write For Us

29 ahli kongsi gelap termasuk 'Datuk' didakwa di mahkamah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
206 Views
Published
Seramai 29 ahli kongsi gelap termasuk seorang bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kajang, dekat sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, bulan lalu.
Kesemua lelaki yang berusia antara 25 hingga 61 tahun itu hanya mengangguk tanda faham selepas semua pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Hakim Noridah Adam.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan ‘Geng 360 Devan’ di MV Empayer Sdn. Bhd. di No. 1, Jalan Perniagaan Masria 1, Pusat Perniagaan Masria, Batu 9, Cheras, dekat sini pada Februari lalu.
Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh berikutan kes ini di bawah bidang kuasa ke Mahkamah Tinggi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment