Write For Us

3 muka baru exco Kerajaan Negeri Johor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
86 Views
Published
Memetik dari akaun rasmi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (EXCO) mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, pagi ini.
Istiadat Pelantikan YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Pada majlis sama, DYMM Sultan Johor berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada Menteri Besar Johor, Dr. Sahruddin Jamal.
Dato' Dr. Sahruddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-17 pada 14 April lalu.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang mengangkat sumpah ialah Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar), Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu), Dr S Ramakrishnan (Bekok), Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah).
Turut mengangkat sumpah Sheikh Omar Ali (Paloh), Tan Chen Choon (Jementah), Mohd Solihan Badri (Tenang), Tosrin Jarvanthi (Bukit Permai) dan Liow Cai Tung (Johor Jaya).
Pelantikan tiga muka baharu dan rombakan kepada barisan exco merupakan antara syarat yang ditetapkan Sultan Johor.
Dengan pelantikan mereka juga, dua nama exco terdahulu iaitu ADUN Skudai, Tan Hong Ping dan ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang turut digugurkan dari senarai baharu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment