Write For Us

30 ahli keluarga wanita hamil positif Covid-19 sudah disaring

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
79 Views
Published
Kementerian Kesihatan (KKM) sudah melakukan saringan terhadap 30 ahli keluarga wanita hamil di Kelantan yang disahkan positif COVID-19 selepas melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 20 ahli keluarga yang melalui saringan itu dikesan negatif COVID-19, manakala 10 lagi masih menunggu keputusannya.

Semalam, KKM mengesahkan bahawa wanita hamil 35 minggu itu positif COVID-19 selepas melakukan rutin pemeriksaan di klinik kesihatan ibu dan anak di Kuala Krai, Kelantan melakukan perjalanan dari Ampang, yang juga kawasan berstatus zon merah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment