Write For Us

36 kakitangan perubatan dijangkiti akibat pesakit tidak jujur - Noor Hisham

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
62 Views
Published
36 orang kakitangan perubatan yang disahkan positif ketika merawat pesakit adalah disebabkan pesakit tidak memberi tahu doktor mereka mempunyai hubungan dengan kontak rapat pesakit Covid-19.

Oleh yang demikian, kakitangan ini terdedah dengan wabak tersebut akibat tidak memakai sebarang peralatan perlindungan semasa menjalankan rawatan.

Bagaimanapun jelas Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah, setakat ini tiada kakitangan perubatan yang bertugas di wad Covid-19 dan Unit Rawatan Rapi (ICU) telah disahkan positif wabak Covid-19.

Beliau mengulas kenyataan Dr Musa Nordin dari Pusat Pakar KPJ Damansara hari ini yang mendakwa KKM gagal melindungi kakitangan perubatan berikutan lebih 30 orang daripada mereka dijangkiti wabak Covid-19 ketika merawat pesakit.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment