Write For Us

3R (2013) | Episod 12

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Tonton episod penuh di :
3R (Respek, Relaks, Respon), sebuah program TV yang membincangkan isu-isu golongan remaja khususnya wanita secara inovatif, terbuka dan tanpa berselindung kembali bertemu penonton dengan musim ke-15 pada 20 Oktober 2013 mulai jam 7:30 malam, setiap Ahad di TV3. Dengan kemudahan akses teknologi maklumat pada zaman sekarang, 3R bermatlamat untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan secara langsung dan terbuka daripada penonton-penonton. 3R yang dicetuskan oleh Datin Paduka Marina Mahathir dan Lina Tan berharap penonton musim baru 3R akan lebih proaktif dalam memberi respon kepada setiap isu yang 3R ketengahkan selain melibatkan diri dalam perbincangan di laman-laman sosial 3R. Menurut Datin Paduka Marina Mahathir, untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang progresif, berfikir dan maju, kita perlu mendalami serta memahami isu-isu semasa terutama yang melibatkan isu-isu semasa dan kesaksamaan gender. Kelainan utama musim baru 3R kali ini ialah dengan penampilan tiga hos baru. Mereka dipilih daripada program realiti Projek 3R, yang memaparkan persaingan 12 finalis menghadapi pelbagai cabaran dan latihan untuk layak digelar sebagai hos 3R.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment