Write For Us

4 maut, pemandu treler didakwa

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
69 Views
Published
Seorang pemandu treler didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Siput atas empat pertuduhan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian empat sekeluarga , Khamis minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Y Vethri Vel, 26, sejurus keempat-empat pertuduhan dibacakan kepadanya kerana tertuduh tidak memahami Bahasa Malaysia.
Tertuduh didakwa memandu treler bernombor pendaftaran WUA 5761 secara melulu hingga mengakibatkan kematian empat mangsa berkenaan dalam nahas di Jalan Ipoh-Kuala Kangsar pada 13 Februari lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda RM5,000 hingga RM20,000 bagi setiap pertuduhan.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment