Write For Us

4 mengaku tidak bersalah serang Syed Saddiq

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
Empat individu didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada Rabu 12 Februari kerana menyerang Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di sebuah tapak perkhemahan, 31 Januari lalu.
Tertuduh, Norhanizam Itnain, 38, Mohd Iskandar Masindra Rasidi, 37, Mohd Iskandar Afiq Abd Razak, 26, dan Ezzul Emran Abdul Rahim, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret.
Keempat-empat suspek dituduh menyerang Syed Saddiq dengan niat menjatuhkan kehormatannya di Ulu Tiram, Johor Bahru, kira-kira jam 9.30 malam pada 31 Januari lalu.
Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 355 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment