Write For Us

5 penumpang cedera, bas rempuh tiang elektrik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Lima penumpang cedera selepas bas mini dinaiki melanggar tiang elektrik dalam kejadian di Jalan Batu Putih, Batu 7, di Sandakan, pada pagi Jumaat, 3 Januari.
Penumpang yang cedera dikenali sebagai Hayati Junede, 58; Amelia Jaapal, 74; Abdul Rifin Hasan, 35; Aldang Mad, 40, dan Noel Parrenas Parreno, 53, manakala pemandu bas yang berusia 32 tahun tidak mengalami kecederaan.
Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, kesemua mangsa menaiki bas mini henti-henti itu dari bandar Sandakan menuju ke Kampung Batu Putih.
Bagaimanapun, ketika melepasi jalan berselekoh, bas dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang elektrik.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment