Write For Us

50 rakyat Korea Utara di Sarawak akan dihantar pulang, visa tamat tempoh

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
160 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata 50 warganegara Korea Utara yang berada di Sarawak akan dihantar pulang kerana visa tamat tempoh.
“Kita akan menghantar pekerja-pekerja DPRK (Korea Utara) yang berada di Sarawak yang telah tamat tempoh visa pekerjaan mereka untuk di pulangkan ke Pyongyang kerana tempoh yang tamat.
“Mereka sekarang ditahan. Dalam depot tahanan sementara di Sarawak dan selepas proses dokumen untuk penghantaran pulang mereka selesai maka kita akan membuat penghantaran berkenaan,” katanya.
Tambahnya lagi, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Openg mengenai perkara itu memandangkan undang-undang imigresen negeri itu berbeza dengan semenanjung.
“Oleh sebab akta imigresen di Sarawak adalah berbeza dengan akta imigresen sedia ada maka perbincangan telah saya adakan dengan Ketua Menteri Sarawak.
“Keputusan rasmi ini akan saya sampaikan secara rasmi secara beliau hari ini,” katanya.
Zahid juga mengesahkan terdapat 315 warga Korea Utara berada di negara ini termasuk mereka yang menyertai mengikuti program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).
Hubungan diplomatik antara Korea Utara dan Malaysia tegang berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) pada 13 Februari lalu.
Korea Utara tidak puas hati dengan siasatan pihak berkuasa negara ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment