Write For Us

53 perubahan dilaksana ke arah pendidikan untuk semua

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
80 Views
Published
Kementerian Pendidikan sudah melakukan 53 perubahan penting dilaksanakan sepanjang tahun ini dengan memberi tumpuan terhadap lima fokus utama yang membawa perubahan besar dalam sistem pendidikan negara.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata perubahan itu selaras visi kementerian ke arah mencapai matlamat ‘pendidikan untuk semua’.
Katanya, tahun ini adalah permulaan kepada semua perubahan, selain menyasarkan penetapan asas yang kukuh bagi memastikan sistem pendidikan tanah air yang inklusif dan berkualiti tinggi.
Beliau berkata pada sesi taklimat pencapaian Kementerian Pendidikan Tahun 2019, pada 13 Disember.
Maszlee berkata, fokus kementerian termasuk mengembalikan cinta dalam pendidikan yang memberi tumpuan kepada empat kelompok teras dalam sistem membabitkan orang kurang upaya (OKU) yang juga Murid Berkeperluan Khas (MBK), kumpulan B40, murid dan guru.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment