Write For Us

594 tuduhan liwat anak, bapa mengaku tidak bersalah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
201 Views
Published
Seorang bapa berusia 36 tahun didakwa sekali lagi di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak hari ini atas 444 tuduhan meliwat anak kandungnya yang berusia 15 tahun dalam tempoh tujuh bulan sejak awal tahun ini.
Ini menjadikan sejumlah 594 pertuduhan liwat termasuk 150 tuduhan ketika didakwa semalam.
Tertuduh yang bekerja sebagai ejen unit amanah itu, tiba di mahkamah bagi menyambung prosiding yang bermula 9.10 pagi, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas 626 pertuduhan berkenaan.
Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan persetubuhan luar tabii dengan meliwat mangsa mangsa di tempat sama, antara jam 6 pagi hingga 12 tengah malam, dari Januari hingga 20 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Bapa tersebut didakwa atas 30 tuduhan melakukan seksual fizikal terhadap anak perempuannya yang juga pelajar tingkatan tiga di bilik tidur utama rumahnya, di Sungai Way, Petaling Jaya, antara jam 6 pagi 11 Julai hingga jam 1 pagi, 20 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14/16 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Tertuduh juga didakwa melakukan penganiayaan seks terhadap mangsa sama antara 1 Januari hingga 21 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) dan Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2016 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Tertuduh turut dituduh merogol mangsa di tempat sama jam 2 petang pada 21 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Dalina Ali dan Aimi Syazwani Sarmin, tidak menawarkan jaminan atas alasan ia kesalahan serius dan mangsa adalah anak tertuduh.
Hakim Yong Zarida Sazali kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Tertuduh tidak diwakili peguam dan sebutan semula kes ditetapkan pada 18 September depan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment