Write For Us

6 disyaki militan Daesh ditahan polis

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
161 Views
Published
Enam rakyat tempatan yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh ditahan menerusi operasi khas di lima negeri antara 24 Mac hingga 25 April lalu.
Tangkapan empat suspek lelaki dan dua wanita itu dilakukan di Kelantan, Selangor, Melaka, Johor dan Pulau Pinang.
Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata dua lelaki ditahan di Kelantan kerana disyaki bersubahat menyeludup senjata api dari selatan Thailand untuk kegunaan anggota militan Daesh di Malaysia.
Katanya, suspek ketiga ialah seorang penuntut kolej wanita yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Jelasnya, suspek tersebut dilaporkan ke Turki pada 29 Ogos tahun lalu bagi menyertai Daesh di Syria sebelum ditahan oleh pihak berkuasa Turki pada 5 Februari lalu ketika menunggu arahan daripada pengganas, Muhamad Wanndy Mohamad Jedi, untuk menyusup masuk ke Syria.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment