Write For Us

60 individu disahkan positif daripada kluster Pedas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
66 Views
Published
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan setakat ini sebanyak 60 kes positif Covid-19 telah dikenal pasti daripada kluster pekerja di sebuah kilang di Pedas, Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM mula membuat ujian saringan untuk kluster itu apabila seorang pekerja kilang didapati menunjukkan gejala jangkitan wabak pada 5 April lalu, dan didapati positif seminggu kemudian.

Berikutan itu, siasatan dan saringan bagi kontak rapat pekerja terbabit dijalankan dan seramai 786 individu telah disaring.

Kes-kes positif kluster ini membabitkan tujuh warganegara Malaysia dan 53 bukan warganegara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment