Write For Us

62 kanak kanak meriahkan Jom Berkhatan Suara Komuniti BH

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
Teruja dan gemuruh, itulah gelagat dipamerkan 62 kanak-kanak yang menyertai program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH 2019.
Kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun itu terdiri daripada
anak kakitangan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan
komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Bangsar.
Program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH yang dianjurkan di
pekarangan Balai Berita turut dimeriahkan dengan penampilan khas maskot Hang Omar Timor daripada Hot FM dan Profesor Kool (Kool FM).
Penganjuran program itu turut mendapat kerjasama daripada
Pertubuhan Amal Perubatan dan Kebajikan (MediCOM), Badan
Khairat NSTP serta Briged Sukarelawan Media Prima Bhd-NSTP.
Mengulas penganjuran program itu, Pengarang Kumpulan BH,
Khaidir A Majid menjelaskan ia adalah tanggungjawab sosial
korporat (CSR) menerusi Suara Komuniti BH, selain sempena
Ulang Tahun Ke-62 BH.
Selain itu, katanya, ia bertujuan membantu keluarga kurang
berkemampuan, selain mengeratkan hubungan silaturrahim dan
mendekatkan akhbar dan jenama BH dengan masyarakat
setempat.
Hadir sama, Pengarang Eksekutif, Komersial dan Ehwal Semasa
BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Ketua Komunikasi
Korporat NSTP, Wan Abdillah Wan Nawi dan Setiausaha MediCOM,
Abdul Razak Mohamed.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment