Write For Us

7 jam SPRM siasat Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
86 Views
Published
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menghabiskan kira-kira tujuh jam di bangunan ibu pejabat SPRM di Putrajaya, yang mana beliau disoal-siasat mengenai isu syarikat SRC International.
Soal-siasat itu berlangsung sekitar enam jam dengan Najib diberikan 40 minit waktu rehat.
Najib berjalan keluar bangunan SPRM sekitar jam 4.45 petang tadi dan memberitahu pemberita bahawa SPRM telah siap merekodkan keterangannya mengenai siasatan deposit RM 42 juta daripada SRC International ke dalam akaun peribadinya.
"Saya telah menjawab kesemua soalan sebaik yang saya boleh.
"SPRM telah melaksanakan tugas mereka dengan profesional. Mereka kata sesi merekod kenyataan saya telah selesai," kata Najib.
Awal hari ini, beliau tiba ke ibu pejabat SPRM menaiki kenderaan Toyota Vellfire dengan plat pendaftaran QMN 11 sekitar jam 9.45 pagi dan masuk ke dalam bangungan itu tanpa bercakap kepada pemberita.
Ini merupakan soal-siasat kedua bekas presiden Umno itu dengan SPRM minggu ini.
Pada Selasa lalu, SPRM menyoal-siasat Najib kira-kira lima jam berkaitan perpindahan RM42 juta daripada SRC ke akaun peribadi beliau.
Sesi soal-siasat pertama itu berlangsung di tengah-tengah serbuan ke premis berkaitan Najib dan merampas RM120 juta wang tunai dan barangan kemas serta lainnya yang bernilai RM200 juta.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment