Write For Us

700 botol plastik terapung di permukaan Sungai Perak, Sultan Nazrin mohon semua jaga alam sekitar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Aktiviti manusia yang menggunakan sumber alam untuk kepentingan perniagaan secara rakus telah menyebabkan alam sekitar berdepan peningkatan krisis bencana alam.
Baginda bertitah demikian ketika berkenan melancarkan buku bertajuk '40 Hadis Pelestarian Alam Sekitar’ yang dihasilkan oleh dua tokoh akademik iaitu Prof Datuk Seri Dr Ir Zaini Ujang dan Prof Datuk Dr Zulkifli Mohd Yusoff di Universiti Teknologi Malaysia kampus Kuala Lumpur di sini hari ini
Sultan Nazrin berkongsi pengalaman peribadi dan menyaksikan sendiri pencemaran sungai yang berlaku ketika bersama anakanda, Raja Azlan Muzaffar Shah menyusuri Sungai Perak dari Pasir Salak hingga ke Teluk Intan semasa Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35 pada 2015.
“Mungkin bertujuan untuk mengatasi jemu perjalanan, paduka anakanda beta yang ketika itu berusia 7 tahun memilih untuk menghitung botol-botol plastik yang dilihat terapung di permukaan sungai dan dalam tempoh dua jam menyusuri perjalanan sepanjang 65 kilometer, hitungan beliau menunjukkan 700 botol plastik, terapung-apung di permukaan Sungai Perak," titah baginda.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment