Write For Us

'8 tahun hadir majlis berbuka puasa, kenapa sekarang jadi masalah?'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
141 Views
Published
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau telah menghadiri majlis berbuka puasa semenjak lapan tahun lalu dan mempersoalkan mengapa tindakannya itu menjadi masalah pada hari ini.
Lim juga mahu pengamal media membuat liputan berita mengenainya hadir berbuka puasa bersama masyarakat Muslim.
Ini kerana, kata Lim, Pulau Pinang adalah negeri yang aman di mana rakyat hidup bersatu padu dengan harmoni.
"Saya sudah buat lapan tahun dan tiada masalah. Tapi kini, dia ditimbulkan sebagai satu isu, saya rasa mungkin sebab tahun pilihan raya.
"Lapan tahun tiada masalah, kenapa tahun kesembilan ada masalah?'' soalnya sambil menyatakan bahawa semua majlis yang dihadiri beliau sebelum ini adalah berlangsung dengan aman dan lancar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media semalam.
Ketika ditanya sekiranya terdapat segelintir yang ingin 'mengikutnya' pada majlis-majlis berkaitan, Guan Eng menyatakan bahawa ia terpulang kepada pihak-pihak berkaitan.
"Sekiranya nak ikut, membuat demonstrasi adalah terpulang kepada mereka.
"Jika mereka nak melancarkan perhimpunan di tempat saya menyertai majlis berbuka puasa, biarkan dengan syarat mesti secara aman juga," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment