Write For Us

'8,000 pengundi Cina nama tiba-tiba hilang'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Pemuda AMANAH Negeri Selangor hari ini meneruskan laporan polis keatas Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang tidak lagi mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) kepada parti politik.
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Selangor, Daniel Al-Rashid berkata mahu SPR tidak menafikan parti politik untuk mendapatkan RDPT untuk membuat semakan terhadap rang daftar ini.
Daniel dalam pada itu turut mendakwa terdapat 28 ribu lebih kemasukan nama tentera dimasukkan dalam RDPT ini secara mengejut dan juga terdapat lebih kurang 8,000 nama pengundi Cina yang sebelum ini mengundi, hilang.
Semalam AMANAH membuat laporan polis besar-besaran bagi menggesa siasatan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak lagi mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) kepada parti politik.
Tindakan ini ekoran tidak berpuas hati terhadap sikap Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah yang terus membisu sejak demonstrasi yang diadakan seminggu yang lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment