Write For Us

8:55am Betty Chew dan Guan Eng tiba di mahkamah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
71 Views
Published
Betty Chew, isteri bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dan keluarganya tiba di mahkamah sesyen Butterworth pada 8:55am pagi ini. Dia akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Sebelum ini, dalam satu tulisan di Facebook, Betty berkata dia terkejut dan bingung bahawa dirinya juga menjadi suspek dalam siasatan SPRM dan turut dijadualkan untuk didakwa di mahkamah.

Kata Chew, dia masih "bergelut" untuk memahami tangkapan ke atasnya oleh SPRM di Pulau Pinang pada Jumaat lalu dan tuduhan pengubahan wang haram yang dilemparkan terhadapnya.

Sebaliknya, dia menganggap bahawa ketika diminta untuk disoal siasat, suruhanjaya anti-rasuah itu sekadar ingin menyoalnya berhubung siasatan yang sedang dijalankan terhadap suaminya berhubung dengan projek terowong bawah laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment