Write For Us

9.40pm: Selepas buka puasa dengan ibu, Najib kembali ke rumah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berbuka puasa dengan ibunya Tun Rahah Mohammad Noah di kediamannya di Jalan Eaton, Kuala Lumpur.
Tun Rahah merupakan balu kepada perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.
Sumber yang dekat dengan Najib berkongsi gambar tersebut dengan Malaysiakini dan mengatakan Tun Rahah sedih apabila mendapat tahu serbuan dilakukan di kediaman anaknya itu lewat malam semalam.
Kemudian Najib dilihat kembali ke kediaman peribadi di Jalan Duta dengan diiringi polis.
Sekumpulan pegawai dan berbelas kenderaan polis tiba di rumah bekas Perdana Menteri itu di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur kira-kira jam 10.30 malam semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment