Write For Us

9:45 pagi: Muhyiddin Yassin tiba di Parlimen

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
69 Views
Published
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tiba memasuki perkarangan bangunan parlimen pada pukul 9:45 pagi tadi.

Beliau menaiki kereta no plat W9M diiringi kenderaan polis.

Ada lebih 50 wakil media bertugas membuat liputan dari pembahagi jalan dan bahu jalan hari ini.

Sidang Dewan Rakyat hari ini akan menyaksikan majlis pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-14 itu hanya berlangsung seketika.

Daripada dijadual selama sehari, ia kemudian dipendekkan untuk mendengar titah diraja Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah.

Sidang pertama ini sepatutnya diadakan antara 9 Mac hingga 16 April lalu tetapi ditangguhkan kerana negara berdepan ancaman wabak Covid-19.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment