Write For Us

Abang dan Adik mungkin 'berentap' di Johor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
122 Views
Published
Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub hari ini mengesahkan bahawa parti itu sedang memuktamadkan rancangan untuk meletakkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad di Johor pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.
“Kita telah bersedia menurunkan tokoh-tokoh besar lain. (Kita) tak nafikan AMANAH dalam proses pastikan Khalid Samad dibawa ke Johor untuk kukuhkan lagi barisan calon kita.
“Saya rasa beberapa tokoh lain sedang difikirkan oleh parti lain (untuk bertanding di Johor) bagi perkemaskan barisan (HARAPAN),” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat AMANAH di Kuala Lumpur, hari ini.
Ditanya mengenai kemungkinan Khalid akan berdepan dengan abangnya - pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad - untuk kerusi Parlimen Johor Baru, Salahuddin, yang juga pengarah pilihan raya Pakatan Harapan Johor, tidak menolaknya, walaupun menyedari ia adalah kerusi PKR.
Salahuddin berkata demikian apabila ditanya mengenai spekulasi bahawa sebahagian rancangan Pakatan Harapan untuk Johor, yang diketuai oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, termasuk meletakkan pemimpin kanan mereka di negeri itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment