Write For Us

Abdul Hadi fail saman fitnah terhadap Sarawak Report

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
133 Views
Published
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menfailkan saman fitnah terhadap editor Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown kerana mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan, saman fitnah itu dibuat di Mahkamah Tinggi London dan surat saman tersebut telahpun diserah kepada editor terbabit.
"Saman yang diambil oleh Presiden PAS adalah untuk mendapatkan sejumlah ganti rugi dan satu perintah injunksi berikutan penyiaran satu artikel dalam laman web Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang bertajuk 'As Najib Denies All Over 1MDB, Let's Not Forget His Many Other Criminal Connections - COMMENT'.
"Artikel tersebut termasuklah kenyataan yang boleh difahami bahawa Presiden PAS secara peribadi telah menerima, atau mendapat atau meluluskan penerimaan sejumlah besar rasuah daripada Perdana Menteri Najib sebagai pertukaran untuk berkompromi dalam hal pendirian politik PAS," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sambil menunjukkan salinan saman fitnah kepada para media hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment