Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan 212 saman membabitkan kompaun RM53,000 dalam tempoh seminggu pertama, bulan ini.
Pengarahnya Hanif Yusabra Yusuf berkata, saman itu membabitkan kesalahan cermin gelap dengan alasan diberikan pemandu kerana tidak tahu peraturan, terpengaruh dengan tawaran kedai aksesori (kenderaan), keselamatan dan faktor kesihatan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di lokasi Operasi Khas Cermin Gelap di Jalan Pintas Kubang Kerian-Pasir Hor, Kota Bharu, pada Selasa.
Beliau berkata ketelusan cahaya cermin yang dibenarkan adalah 70 peratus untuk cermin hadapan, 50 peratus cermin sisi, manakala cermin belakang pula adalah tiada had.
Menurutnya, dua kategori dibenar memohon untuk penggunaan cermin gelap iaitu faktor keselamatan yang mana permohonan perlu dibuat dengan bayaran RM50, selain faktor kesihatan.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment