Write For Us

Ada 'number' atau tidak maksudnya sama, kata Mukhriz

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
177 Views
Published
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata istilah 'Malaysian Official 1' hanya digunakan dalam laporan siasatan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat terhadap penyalahgunaan wang dari dana syarikat 1MDB, namun istilah itu tidak ada termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Mukhriz, yang juga ADUN Ayer Hitam berkata ini satu penghinaan terhadap Agong apabila Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad didakwa cuba mengaitkan dengan skandal 1MDB.
Mukhriz berkata demikan dalam video yang diambil dari Facebook Mukhriz Mahathir FC, semalam.
Berita Harian melaporkan Nawawi menjelaskan status kontroversinya mengenai Yang di-Pertuan Agong di media sosial tiada kena mengena dengan saman DOJ.
"Ada dua perkara yang berbeza dalam hal ini, DOJ sebut MO1 ialah Malaysian Official One, manakala saya pula menyebut Malaysia Official Number One," beliau dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment