Write For Us

'Ada unsur politik luar ke dalam politik kampus'

Video Player is loading.
Current Time 0:00
Duration 0:00
Loaded: 0%
Stream Type LIVE
Remaining Time 0:00
 
1x
E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
132 Views
Published
Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia, Anis Syafiqah menyifatkan parti Penggerak (dahulu dikenali sebagai Aspirasi) yang memperoleh majoriti dalam Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) dari tahun 2015 hingga 2017 sebagai boneka pentadbiran dan kerajaan.
"Selama ini, Penggerak (Aspirasi) di bawah didikan Umno tidak pernah mempertahankan mahasiswa yang dikenakan tindakan tatatertib di bawah AUKU," kata Anis Syafiqah.
Malah katanya, pelbagai "kejayaan" yang dicapai oleh Penggerak dalam menggadaikan hak mahasiswa.
Anis Syafiqah berkata demikian bagi mewakili parti UMANY, Angkatan Mahasiswa dan Demokrat UM, antara parti yang akan bertanding dalam MPPUM pada 28 September ini.
Mereka juga mengumumkan antara manisfesto parti mereka adalah memansuhkan AUKU yang digunakan oleh rejim pemerintah untuk menzalimi pimpinan mahasiswa.
KiniTV mendapatkan reaksi parti Penggerak bagi tuduhan yang dibuat oleh pihak lawan.
Menurut Pengarah Pilihanraya Penggerak Mahasiswa, Hazwan Syafiq, menolak tuduhan tersebut dan menyifatkan tuduhan itu tidak berasas dan bersifat politik.
Beliau juga menafikan AUKU menyekat kebebasan mahasiswa untuk melakukan aktiviti.
Walau bagaimanapun, Hazwan berkata permansuhan AUKU tidak termasuk dalam manifesto parti Penggerak tetapi lebih kepada menjaga kebajikan mahasiswa.
Category
TV Saluran - TV Channel
Show more
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment