Write For Us

"Adakah salah Hannah Yeoh ingin jadi Kristian yang baik?"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
133 Views
Published
Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub mempertahankan Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh yang didakwa memiliki dan membawa agenda Kristian.
"Adakah dia salah kalau dia ingin menjadikan dirinya seorang Kristian yang baik?" soal Salahuddin.
Hannah semalam membuat laporan polis terhadap pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Yusoff kerana mendakwanya mahu membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian.
Antara lain, Kamarul mendakwa dalam biografi yang ditulis Hannah bertajuk Becoming Hannah (Menjadi hannah), ADUN itu mengaku penglibatannya dalam politik dibantu pihak Kristian.
Malah, dakwa Kamarul, Yeoh menggunakan kedudukan politik untuk berdakwah mengenai agama Kristian.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment